Your cart is currently empty!
Terma dan Syarat Keahlian
Terma dan Syarat Keahlian PEJUANG
Keahlian PEJUANG terbuka kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia berbangsa Melayu (menurut tafsiran Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan), Orang Asli, Anak Negeri Sabah dan Sarawak, serta Bumiputera lain.
- Individu yang berusia 18 tahun ke atas.
- Setuju untuk mematuhi Perlembagaan dan Kod Etika PEJUANG.
- Mendaftar diri sebagai ahli dengan mengemukakan borang permohonan dan membayar Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan sebagaimana yang ditetapkan.
Tanggungjawab Ahli:
- Mendukung matlamat dan tujuan parti serta melaksanakan dasar-dasar parti.
- Mendaftar sebagai pengundi dan mengundi dalam setiap pilihan raya.
- Menghormati keputusan parti dan berpartisipasi dalam aktiviti parti.
Hak Ahli:
- Bersuara dan mengemukakan pandangan dalam mesyuarat-mesyuarat parti.
- Memilih dan dipilih untuk jawatan dalam parti.
- Membela diri terhadap tuduhan pelanggaran disiplin.
Pemberhentian dan Pemecatan Ahli:
- Ahli boleh berhenti secara sukarela dengan menyatakan secara bertulis kepada Setiausaha Agung.
- Ahli yang melanggar Perlembagaan atau Kod Etika boleh dipecat setelah proses dan tatacara disiplin.
- Ahli yang dipecat tidak boleh menjadi ahli lagi tanpa kebenaran Majlis Eksekutif Pusat.